Sunday, 12 October 2014

KAJIAN TINJAUAN PEMBENTUKKAN MALAYSIA DAN HALANGAN - HALANGANNYA DARIPADA WILAYAH YANG TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN

PEMBENTUKKAN MALAYSIA .


Penghargaan

 Kami  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami , Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kami dan rakan-rakan membuat kajian sejarah ini. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada kedua ibu bapa kami, yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada kami bagi menyiapkan kerja ini sehingga siap . Jasa mereka tidak dapat kami lupakan.Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong kami bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan .Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa .


Pengenalan .


Tahukah anda bahawa negara kita ini merupakan sebuah entiti  politik yang merangkumi beberapa buah negeri yang mempunyai banyak keseragaman dan juga beberapa perbezaan yang tersendiri. Keseragaman tersebut antara lain ialah dari segi bentuk populasi, iaitu dari segi jenis etnik dalam masyarakat, amalan agama, dan adat resam, manakala perbezaannya ialah dari segi pengaruh politik dan corak pembangunan. Malaysia telah diisytiharkan penubuhannya secara rasmi pada 16 September 1963. Sebelum itu negara  kita dikenali  sebagai Tanah Melayu atau Malaya atau dikenali juga sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Negeri-negeri yang berada dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah terdiri dari negeri-negeri yang berada di Semenanjung. Semasa pentadbiran British, ia terdiri dari Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan .


Tinjauan pembentukkan malaysia

1. Tarikh : 27hb Mei 97Tempat : Majlis Makan Tengahari (Hotel Adelphi, Singapura).Tujuan : M’wujudkan 1 bentuk pnyatuan ekonomi & politik.Pihak terlibat : PTM, Sabah, S’pura, Sarawak, Br unei.
2.  Idea-Idea Pembentukan : 1887 : Lord Brassey m’cadangkan kpd krajaan British supaya m’gabungkan jajahan. 1948 : Sir Malcom McDonald -> Sabah, Sarawak, Brunei & T.M digabung. Cadangan prnah d’cadang oleh pegawai British ( Mohd Ghazali Shafie) m’syorkan penubuhan Komanwel Asia T’gara.
3.  1956 : Dato’ Onn Jaafar mnyatakan British bakal m’gabungkan TM dgan negeri-negeri jajahan lain. David Marshall & Lim Yew Hock = b’hasrat gabungkan S’pura & TM m’jadi 1 wilayah politik. Lee Kuan Yew : m’desak British b’runding dgan Tunku Abdul Rahman agar b’setuju m’bentuk S’pura & T.M.
4.  Pertemuan-Pertemuan Khas :• 1960 : Senu Rahman, tinjauan ke Sabah, Sarawak & Brunei.• 1961 : Harold MacMilan, (P.M London).• 1961 : Lee Kuan Yew (Singapura).
5.  Elak ancaman & pengaruh komunis M’beri kemerdekaan kepada Sabah , Sarawak , Brunei & Singapura Perkongsian faedah ekonomi M’bela bumiputera di Sabah & Sarawak K’pentingan hak T.M Dasar Kerajaan British




Halangan daripada wilayah yang terlibat dan negara jiran dalam pembentukkan malaysia .

 REAKSI-REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA

Walaupun telah diisytiharkan penubuhan Malaysia, namun terdapat juga reaksi-reaksi negatif daripada beberapa pihak. Antaranya, tentangan-tentangan dari dalam negara sendiri, Kerajaan Brunei, Kerajaan Filipina, dan Kerajaan Indonesia. Kita akan teliti dengan lebih lanjut reaksi-reaksi tersebut.


 Tentangan Dalaman

Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963  telah berjaya dilaksanakan walaupun mendapat tentangan dari beberapa pihak, sama ada dari dalam ataupun luar negeri. Tentangan dari dalam negeri telah diterima dari kerajaan Kelantan, iaitu Parti PAS yang telah mengambil tindakan mahkamah dan mendakwa penubuhan Malaysia sebagai tidak sah ke atas Kelantan. Saman yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan yang bertarikh 10 September 1963. Walau bagaimanapun, tuntutan saman tersebut telah gagal.

   Kerajaan Brunei

Reaksi penentangan juga datang dari Brunei yang pada peringkat awalnya menyokong malah menunjukkan minatnya untuk bersama-sama Sabah dan Sarawak, serta Singapura untuk menyertai Malaysia. Persetujuan ini lahir dari pertimbangan Sultan Brunei, Sultan Ali Sarifuddin yang memikirkan bahawa negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil dan memerlukan perlindungan. Namun, Brunei akhirnya menolak pelawaan penggabungan ini atas beberapa faktor seperti tentangan rakyat Brunei yang diwakili oleh Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari. Tentangan kuat yang diberikan oleh Parti Rakyat Brunei ini juga mendapat sokongan dari Partai Komunis Indonesia.10 Parti Rakyat Brunei telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Brunei dan mencadangkan penubuhan Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan penubuhan Malaysia. Pada pandangan pemerintah Brunei, sekiranya menyertai Malaysia dibimbangi pemberontakan akan lebih merebak. Walau bagaimanapun, pemberontakan akhirnya berjaya ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan Britain.

Faktor lain ialah keengganan Sultan Brunei untuk membayar cukai ke atas pendapatannya hasil dari petroleum seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Persekutuan, iaitu Brunei hanya berhak sepenuhnya ke atas pendapatan petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun. Sebaliknya, kerajaan Brunei menuntut untuk menguasai sepenuhnya hasil petroleum tersebut. Selanjutnya, Sultan Brunei menolak kedudukannya dalam senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong. Baginda mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh pemerintahan yang lebih lama, iaitu sejak pemerintahannya di Brunei dan bukannya sejak Brunei menyertai Malaysia.

 Kerajaan Filipina

Selain dari Brunei negara jiran yang lain yang menentang penubuhan Malaysia ialah Filipina. Tentangan yang telah ditunjukkan oleh negara ini adalah dengan cara mengemukakan tuntutan ke atas Sabah. Tuntutan ini bermula dari idea Filipina, iaitu Presiden Machapagal yang merupakan seorang tokoh yang sememangnya berminat dalam soal-soal kewilayahan. Subjek utama beliau ialah Sabah yang di dakwa sebagai sebahagian dari wilayah Filipina. Filipina juga menuntut Sabah bagi pihak keluarga Sultan Sulu yang pada masa dahulu merupakan penguasa ke atas negeri ini. Walau bagaimanapun, Sabah telah diserahkan kepada pedagang Austria dan kemudiannya telah berpindah milik kepada British. Dalam soal ini juga, Sultan Sulu dan kemudian pewaris-pewarisnya telah menerima bayaran $5,000,000 setahun. Pada pandangan kerajaan Malaysia isu ini telah selesai.
Sebagai tindak balas kepada sikap Filipina, kerajaan Malaysia telah tinjauan dari rakyat Sabah dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan didapati bahawa majoriti rakyat negeri itu memilih untuk berada di bawah kerajaan Malaysia. Namun, kerajaan Filipina telah menolak hasil laporan tersebut.


   Kerajaan Indonesia

Tentangan yang paling hebat yang diterima oleh Malaysia berhubung dengan penubuhan Malaysia ialah dari Indonesia yang telah melancarkan konfrontasi dari tahun 1963 hingga 1966. Pada peringkat awal, Indonesia tidak mahu campurtangan dalam soal penubuhan Malaysia kerana ia tidak melibatkan wilayah negara itu. Pada 20 November 1961, kerajaan Indonesia yang diwakili oleh Menteri Luar, Dr. Subandrio pernah  mendoakan selamat maju jaya kepada usaha-usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia dalam satu ucapannya di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi pendirian ini telah bertukar kemudiannya, dan Indonesia telah mengecam penubuhan Malaysia dan menganggap ia sebagai neo-kolonialisme atau satu bentuk penjajahan baru.

Parti Komunis Indonesia memainkan peranan yang penting dalam penentangan dan kecaman terhadap pembentukan Malaysia. Sokongan pihak Indonesia terhadap pemberontakan Parti Rakyat Brunei merupakan susulan kecaman Indonesia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tuduh menuduh antara pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia telah dilemparkan dalam akhbar-akhbar di negara masing-masing.  Hubungan Malaysia dengan Indonesia menjadi semakin tegang dan pada 20 Januari 1963 Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi ke atas Malaysia dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia!”.

Konfrontasi ialah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan penentangan. Presiden Sukarno memilih istilah ini untuk menunjukkan tentangannya terhadap Malaysia. Indonesia telah melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia dalam aspek kemasyarakatan dan ekonomi. Walaupun pada asalnya Indonesia menyatakan tidak akan melancarkan konfrontasi ala-tentera tetapi keadaan menjadi semakin genting apabila tentera-tentera Indonesia telah menyusup masuk ke wilayah-wilayah Malaysia, seperti di pantai Pontian dan pantai Muar di Johor.

Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan bagi menamatkan konfrontasi Indonesia dan Malaysia serta memperbaiki hubungan Malaysia dan Filipina. Ia termasuklah usaha Tunku  menubuhkan gagasan Maphilindo dalam satu Sidang Puncak yang di adakan di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963, tetapi pertubuhan ini berkubur di tengah jalan. Selain itu, perundingan antara ketiga-tiga ketua pemimpin negara ini juga turut diadakan di Tokyo pada 20 Jun 1964. Perundingan ini juga menemui jalan buntu.

Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia akhirnya tamat berikutan dengan kejatuhan Sukarno akibat kegagalan cubaan coup-de-tet yang telah dilancarkan oleh Parti Komunis Indonesia pada 30 September 1965 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai G30S/PKI. Rundingan perdamaian dan pemulihan hubungan Indonesia dengan Malaysia telah diadakan di Bangkok pada tahun 1966.


  KESIMPULAN


Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak, dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk mencapaian kemerdekaan melalui Malaysia. Ia juga menunjukkan hasil dari satu persetujuan yang telah diterima oleh pihak yang terlibat. Walaupun usaha-usaha untuk menubuhkan Malaysia terpaksa menghadapi banyak halangan, satu perkara penting yang dapat diperhatikan bahawa penggabungan wilayah-wilayah ini adalah dibentuk secara demokratik, iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian, kita dapati apabila Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah kepada kerajaan pusat, negara itu akhirnya diizinkan keluar dari Persekutuan Malaysia  pada tahun 1965.

Lampiran .





Sumber rujukkan 

sumber rujukkan sepenuhnya internet .

No comments:

Post a Comment